Sunday, September 11, 2011

LIST TO DO!!!

1. Lesson Plan   done

2. BISP
3. Call Ketua Pengawas Examination done

4. Photostat IC(2), sijil degree, buku bank(2), surat kursus, surat pengawas peperiksaan, jadual 2010,2011
5. Maybank2u
6. Hantar oven
7. Students task for 2 weeks.

 

Monday, July 18, 2011

Saya Pekerja Dedikasi

19 Julai
Bengkel Membina Bahan Pembelajaran Berdasarkan Projek Menerusi Oracle Thinquest.
So, lepas ni siapa nak belajar Penggunaan ThinkQuest boleh la contact saya ye :P
Add saya di  http://www.thinkquest.org/pls/html/think.go?u=576980225

20 Julai (7.30 am - 10.30 am)
Pemantauan Galeri Kajian Tempatan  dari JPNNS
(AJK wajib ada semasa pemantauan...huhu)


20 - 22 Julai
Perkemahan Pengakap Daerah Jempol
Sekali Berpengakap, Selamanya Berpengakap...ohhh tidak..saya sangat patriotik!!!

25 - 28 Julai
Ujian Bulanan
Minggu depan adalah Ujian Bulanan... murid-murid comel di sekolah...pastikan anda Cemerlang walaupun Tc Anis tiada ye...:(

LINUS
Linus bertulis juga akan bermula minggu depan ye kawan-kawan.


tajuk tak nak kalah..haha...saya tengah menmanafaatkan penggunaan streamyx PKG Bahau XoXo

Wednesday, June 29, 2011

Ambang Perkahwinan

Tajuk USRAH malam ni.... Ambang Perkahwinan... :)

Apakah yang perlu ada sebelum berkahwin:
1) Ilmu

2) Kewangan

3) Restu Ibubapa


p/s: Berusaha menjadi yang terbaik untuk yang terbaik

Friday, June 24, 2011

Tips : Before Posting/Placement

Selalu tak dengar, bile final year study orang akan tanye " Apply posting negeri mana?" (selalu tuk future teachers la ni:) Bila teringat kenangan ni, takde yang lain keluar dari mulut saya... tak lain dan tak bukan adalah 'Alhamdulillah'... 4 bulan sebelum placement, saya berjumpa mak kepada kawan lama saya semasa study di Melaka. Kebetulan tak de air kat institut, bile mak kawan saye tau je, die terus ajak saya dengan kawan2 tidur kat rumah. Alhamdulillah, tu la mulanye perjalanan saye b4 placement. Mak dia juga seorang pendidik, jadi dia tahu ke'risau'an, ke'takut'an dihati kami apabila di sebut tentang tempat/negeri posting. Jadi tips pertama yang saya nak share adalah......

1) BERDOA

Bermula dari hari tu, setiap kali selepas solat atau ada mase senggang, berdoa tentang placement. Pastikan apa yang kita nak di tempat kerja nanti di sebut secara specific didalam doa.
  • Doalah agar tempat kerja kita adalah yang terbaik untuk diri kita.
  • Semua di kawasan itu menerima kehadiran kita sebagai orang baru, termasuklah pihak pentadbir, pekerja, rakan sejawat, anak murid, penjaga dan masyarakat disekeliling.
  • Ditemukan dengan rakan sejawat yang boleh membawa kite ke jalan yang diredhai Allah.
  • Dilindungi daripada pandangan -ve dan iri hati manusia.
(Apa-apa yang kita nak... berdoa la... insyaallah, kita akan dapat tempat kerja yang terbaik untuk kita)

2) REDHA
Pastikan hati kita 100% yakin dengan ketentuan yang Allah tetapkan. Jika itu yang terbaik Ya Allah.. aku terima dengan redha...kau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambamu... (Walaupun placement nanti di sabah atau serawak =)

Tips la sangat kan???hehe.. dua jer. Tapi yakin la, anda akan dapat placement yang terbaik untuk anda.


Kata-kata orang kepada saya:

Bila saya dapat result placement yang tempatnya hanya tidak sampai 7 min dari rumah, ramai yang cakap, "Boleh la nis, ko pakai kabel..." bagi saya tu adalah usaha Pn Emak & En Abah. Thanx alot pnEmak&enAbah!!! Keluarga saya hanya orang biasa, cuma mereka berusaha dan itu rezeki Allah, tetapi kalau Allah tidak izinkan, ia pasti tidak akan berlaku....

Keputusan dari Tips diatas:
  • Alhamdulillah, hati saya sangat tenang berada di tempat kerja. Penerimaan semua terhadap kehadiran orang baru seperti saya disambut baik.
  • Hari pertama saya mendaftar diri, saya ditegur oleh seorang ustazah. Dan sekarang beliau lah sahabat saya.
  • Saya juga tinggal bersama parent, jadi Ini peluang saya menjalankan tanggungjawab sebagai anak. Menceriakan hati mereka pun sudah dapat pahala:P
  • Jimat!!! (Itu memang tidak boleh dinafikan dan saya menjadi semakin manje dengan situasi ni)
  • Fyi, Pn Emak & En Abah adalah BFF saya sekarang :)